Nota Jumaat.
Thursday, 8 January 2015 | 21:53 | 0 weird people


Assalamualaikum.
Sumber- Muhammad Nur Zakwan.

Pesan utk anak2 trutamanya ank2 lelaki.
Bila mak ayah kita mati, terjun la turun dalam
liang sambut mayat dia, bukak papan keranda
tudung tu angkat sebentar mayat mak ayah kita
tu.
Biar kita yang pusing mayat mak ayah kita tu
mengadap ke kiblat. Biar kita!!! Bukan orang
lain. Jangan kita tengok je.
Allahhurabi.. "Mak kali
terakhir aku tengok mak ni mak, mak hari ni
last mak aku tengok mak". Biar kita yang jadi
orang yang perelai ikatan di kepala dia, ikatan
ditubuh dia tu.. Biar kita! Pegang pelahan2
badan mak kita tu, pusing dia elok2, ambik
gumpalan tanah letak pulak belakang tengkok
mak kita tu.
"Mak last mak hari ni mak.. Lepas dari ni aku
tak tengok mak dah". Terlintas dalam hati
dalam kita dok pegang mak kita tu..
Ingat sejak kita lahir,
tangan mak ni yang suap dimulut kita. Ingat
hari pertama kita boleh berjalan, taik, muntah
kita dia la orangnya yang tak pernah tolak pun.
Walau anak jahat
mana pun kita, kita tetap anak dia. Dia tak
pernah buang pun kita.
Takkan hari mak ayah kita mati, kita tak boleh
terjun dalam liang dia, pusing badan mayat dia,
mengadap ke kiblat. Kalau kita ada tiga empat
beradik, empat2 beradik terjun dalam. "Abang
pegang
belakang bang". Jangan kita dok harap dekat
orang. Kita jadi anak, kita patut terjun dalam
tu.
Kita tak boleh baca
talkin, kita naik atas, kita duduk sekejap.
Dengar
talkin yang terakhir untuk mak kita tu. Kita
duduk kejap tepi
kubur mak kita tu.
Tengok macam mana ni last dah hari ni. Takdak
benda dah yang kita nak bagi dekat mak kita
dah
melainkan kita hanya boleh serah doa.
"Ya Allah, aku angkat
tangan ya Allah.. Aku redha mak aku kau ambik
ya Allah..
Dia yang beranakkan aku.. Ya Allah hari ni aku
tinggal dia Ya Allah, aku serah dia atas urusan
mu belaka Ya Allah.. Aku
tadah tangan Ya Allah.. Aku mintak sangat2 kau
ampunkan dosa mak aku, tolong Ya Allah kesian
mak aku Ya Allah.. Aku
ni hasil didikan dari dia.
Ya Allah.. Kau ampunkanlah segala
dosa2 dia Ya Allah". Kawan2, kalau dosa mak
sebegitu kita doa
dengan Allah Taala, beruntung mak kita.
Adakah Allah akan tolak doa sebegitu? Takkan
Allah tolak doa
ikhlas datang dari sorang anak. Sebab tu
pesanan pd kita selagi
kita ada mak kita yang masih hidup..
Kawan2, buat jasa la..
Buat jasa...


Be nice, readers. I'm new here :)

CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : Fake smile :')


The unprivate diary
You, this me
There's a boy, I called love. #MuhammadNurZakwan
I'm sory, I don't have cbox :(